MOTTO


“MAHASISWA FELDA PEMANGKIN ASPIRASI GLOKAL”
  • Motto ini merupakan slogan kebanggaan PERSADA dalam mmbina satu azam dan semangat untuk bersama-sama menjadi penggerak kepada masyarakat FELDA.
  • Slogan ini berteraskan aspirasi glokal yang merupakan aspirasi FELDA yang seharusnya menjadi organisasi yang cemerlang di peringkat global dan juga di arena tempatan.
  • Teras kedua adalah Mahasiswa/wi sebagai pemangkin. Golongan mahasiswa sepatutnya menjadi ejen kepada warga FELDA yang berdaya maju, intelek, dan menghargai ilmu.
  • Kedua-dua teras ini apabila digabungkan akan membentuk rangkai kata yang diharapkan dapat tersemat di dalam hati setiap warga PERSADA untuk bersama-sama berganding bahu membangunkan dan menyumbang idea kepada pembangunan di tanah rancangan masing-masing.