LAGU


"SEMAI BAKTI"

   

Gagah mara menyemai bakti
Penuh daya setulus hati
Khidmat setia luhur berbudi
Demi negara yang dicintai

Padu ikatan rukun damai
Murni hasrat bulat muafakat
Semai bakti bukti dituai
Usaha tegas membawa berkat

Disemai bakti ditabur jasa
Cetusan syahdu semangat waja
Biar seribu cabaran tiba
Negara makmur yang utama

Bakti diberi penuh setia
Dengan rahmat yang Maha Esa
Erat sepakat bina FELDA
Seiring haluan ke puncak jaya



"GEMILANG UTHM"


Integriti berinovasi 
Merintis teknologi terkini 
Etika universiti mendukung visi dan misi
Realisasikan aspirasi dinamis berkualiti 

UTHM 
Gemilang akan dijulang
Terajui aplikasi sains dan teknologi 
Yakini semangat jatidiri 
Saingi globalisasi 
Demi agama nusa bangsa 

Mendukung wawasan negara