AKTIVITI




"JEJAK GENERASI FELDA"

Aktiviti wajib yang perlu disertai oleh semua mahasiswa FELDA yang baru melangkah ke IPTA. Program ini akan memperkenalkan jawatankuasa PERSADA kepada mereka dan memberikan input mengenai kelebihan bersama PERSADA.




"EXCO PERSADA GAMES"

Aktiviti ini adalah salah satu usaha untuk mencungkil bakat sukan dan aktiviti untuk ahli PERSADA UTHM supaya kekal fit dengan bersukan. EPG ini juga mengetengahkan pelbagai jenis sukan dan akan berlangsung pada setiap semester. Semua ahli jawatankuasa, ahli biasa dan sahabat FELDA boleh menyertai aktiviti ini.




"TRAINING OF TRANIERS (TOT)"

Aktiviti ini melatih setiap ahli PERSADA UTHM untuk mempunyai kemahiran dalam pelbagai permainan yang menguji minda. Hasil daripada TOT, ahli PERSADA akan dibawa untuk memberikan motivasi kepada pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan akan kekal bersemangat dengan input yang diperoleh melalui aktiviti tersebut.